img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, November 25, 2014

Upin & Ipin.

Minggu lepas hari jumaat kot, cakap kat Wan kalau takde apa-apa, jom kita g PICC.
Taktahu pun ada upinipin. Dah last minit baru tahu. Tu yang last minit cakap. Tapi sabtu tu, Wan nak repair kete. So tak boleh la.. Jadinya, kita pergi ahad lah. Tak fikir apa-apa pun. Taktahu pun orang kecoh kat fb apa semua. Kita ilek-ilek je..


Memula ahad tu pergi Bangsar dulu. Pastu g Alamanda lak. Orang sibuk nak pergi IOI City Mall kan. Takpela, nanti2 jela kita pergi. Walaupun nak ke putrajaya tu, macam setahun sekali je. Wakakaka.. Jauh kot. Padahal takdela jauh sangat.... Iyela, dari pergi sana, baik pergi kl je, kl lagi banyak pilihan.


Kitorang keluar dari Alamanda dalam pukul 5lebey. Masa tu hujan. Tapi sampai kat picc belum hujan. Tengok kereta kemain banyak. Parking jauh2 apa semua. Naik bukit. Adessss.


Tapi disebabkan dah sampai, kita gagahkan jugak la. Tak round atas tu pun. Sebab tengok orang parking kat bawah, so kitorg assume atas mesti penuh. Sekaliii nya setelah mendaki bukit.. iye kitorang la salah seorang manusia yang turut mendaki bukit tu... tengok-tengok sampai atas, banyak je kot parking kosong. Alahaiiii tipah tertipu rupanya. Iyela, maybe dah petang kan? So ramai la yang dah balik. Agaknya. Sampai-sampai atas bukit tu, ngam2 hujan. Dugaan betul.


Terus jela masuk apa semua. Memula macam blur, nak kemana ni. Ohh rupanya kat dalam tu. \


Ngam-ngam sampai tu ada show upin-ipin. Manusia kemain ramai lagi. Kitorang macam dah giveup. Tak nampak apa pun, ayra nampak la.. tapi tu pun kena dukung. Jalan la tengok booth. Booth pun semua banyak dah tutup. Nak beli baju upinipin untuk ayra pun takde size dah. Wan nampak jumpsuit, size kecik la.. dia boleh cakap 'tu baby dalam perut baby boy kan?'.. kahkahkah.. Takpayah gedik nak beli untuk adikbaby, tunggu 4bulan dah tahu jantina baru boleh beli.. Tapi ni minggu ni ada pureen warehouse kan? macam nak pergiiiiiiiiiiiii. Tapi kena kitorang nak balik rawang lah pulak.


Jalan-jalan. Tengok kat tepi ada port boleh duduk. So aku pun dudukjela. Layan la show tu sampai pukul 7. Pastu dorang break kejap kan. Tapi satujela, makbapak pun.. kau dah nampak kitorang duduk, still nak menyelit berdiri depan-depan dah kenapa? Cuba kita duduk sama-sama, semua orang boleh tengok kan?? Adess... takpela, kotor agaknya duduk2 camtu. Zzzz.


Masa break tu ingat nak balik la. Sekali hujan lagi. So kita lex-lex jela dulu makan megi. Perut lapar pulak hujan hujan tu.  Megi pun megi jela.. ramai yang makan megi, macam best je.. Dah pukul 8, kitorang masuk balik. Tapi kali ni lagila teruk, masih ada manusia yang selfish.. dah nampak semua kat situ duduk, kau duduk la.... jangan la berdiri & menghalang pandangan. Hmmm.. Tapi masu tu show pada zaman dahulu.. ayra tak tengok cite tu. So dia bosan. Ajak dia balik.. dia pun okay.. 'upinipin dah tidur kan ibu?'.. ye dah tidur jom kita balik. Wahahha..


Nak balikkkkkkkk pulak satu hal. Kitorang kan parking kat bawah bukit. Takkan nak turun bukit camtu sesaje. Dahla malam, baru lepas hujan pulak. kang tak pepasal makbuyung ni jatuh dah naya. So kita ikut jalan yang sebetulnya lahhhhhhhhh ye. Jauh kot. Tapi turun tak rasa sangat... iyela aku jalan lengang kangkung.. Takla rasa. Wan yang dukung ayra, taktahu la macam mana. Takpe, papa kan kuat? Mihmih..

 

Ayra dan peace berpisah tiada. Hihihi. Tu gemuk tu mengandung 11w.. kalau dah 9bulan nanti macam mana la rupanya.. mesti gemuk yang tak terbayang...


Peaceee

Lagi peaceeee...

Ni yang lepas break.. Memula Ayra berdukung dengan Wan. Aku memang dari awal duduk je. Tak larat... pastu papa dah tak larat kot dukung si 15kg ni, dia pass kat ibu lak suruh duduk. Hihi.


Aku pun pelik upinipin je kot, kenapa ramai macam tu. Serius tak sangka langsung seramai tu. Walaupun time kitorang sampai tu tak seramai yang sampai nak masuk pun kena beratur. Tapi still ramaiiiii. Tempat macam dah best dah ada aircond, tapi kecik kot?  Kalau dia buat kat tempat lapang macam jom heboh tu, panas pulak kan? Berpeluh ketiak dengan mana nak kejar anak apa semua. Takpela, tak serik pun nak pergi. Nasib baik hasben aku pun jenis melayan je kalau kita ajak tempat2 sesak macam ni. Hihihi.. Demi anak kot... :p Cehh padahal ibu dia yang lebey2. Anak tu kalau tak pergi bukan dia tahu apa.


Balik rumah, badan sakit-sakit. Rasa nak cabut je badan ni. Leraikan satu-satu. Aku sihat-sihat je.. Setakat hari ni.. masih okay-okay, muntah tu normal la. Tu pun muntah angin je orang kata. Takde teruk sangat. Aku kan gagah? (konon). Awal dulu macam lembik gak la, sekarang ni dah okay dah.. dah mampu dah nak keluar2.. :takdela ngantuk 24jam dah, tapi still ngantuk.. cuma tak seteruk awal-awal dulu.. dah mampu nak tidur lambat2 macam selalu... harap semuanya okay2 jela sampai jun tahun depan. InsyaAllah.. :)



1 comment:

Siti Natrah said...

Assalam Bestnya g kat upin ipin..kalo ti dekat memang ti g dah..harap jauh jer...tahniah pregnant ya..take care k..

.