img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, December 10, 2014

Kisah sabtu,ahad,isnin,selasa.


Banyak nak cerita tapi tulah.. malas.Tengok tajuk? Hahah pemalas nak memikirkan apa tajuk yang sesuai.


Weekend hari tu.. sabtu duduk rumah je. Gila bapak arghh boring. Berdua je dengan Ayra. Wan pergi n9 ada kerja. Aku malas nak ikut. Sebab penat. Padahal tak hape je aku buat. Maklumlah, sejak2 berbadan dua ni memang aku mudah penat kan.. ni mengandung umur 24, kalau mengandung umur 30, tah macam mana stamina aku tah.. mesti lagi teruk. Zzz..


Hari Ahad lak, takde plan apa-apa. Sekali an ajak pergi Mid. Sebab family dia nak pergi Mid beli barang kononnya. Tapi aku dah agak dah, ni mesti sebab mama nak beli ipad. Aku ikutkan ajela.. Lagipun sabtu tu sumbek gila dok rumah kan...


15kg/100cm. Besar? Tengok Papa la kan.. :D




Sekali sampai sampai Mid, dorang cakap nak belikan ipad untuk ayra jugak. Eh? Mama nak belanja, kita on jela.. Tapi disebabkan aku blur pasal gadjet, plus aku bukan berminat pun, aku just duduk je.. maklumlah penat kan? Jalan sikit dah penat.. Teruk sangat.. Tapi machine kat mid takde pulak stok ipad air2 yang 128gb. Ada kat machine garden. So lets ke garden. Ngam ngam sampai garden, kat kaunter tu ada ahso tengok bayar ipad yang kitorang nak tu. Huahuahua! Memang takde rezeki la... adik ipar aku jela dapat beli.. tapi dia beli ipad mini3 untuk anak dia.. Kalau nak yang 64gb ada je, tapi tambah duit sikit dah dapat yang 128gb, baik amek yang 128gb kan? Beza harga dalam rm300 kalau tak silap, yang ayra punya ni rm2679.


Pastu macam blur...... kitorang pergi Damansara makan2. Masa kat situ, aku suruh Wan call ada sorang promoter ni, dia kerja kat kedai apa tah, jual barang2 apple yang kat jasko rawang tu. Try try tanya kot ada ke tak. Sekali budak tu cakap ada. Wahhh! Macam tak caya kat jasko tu ada. Hihi. Yelah, ipad air2 tu kan baruuu lagi. Setel makan apa semua, terus kitorang gerak g jasko. Gigih kan? Alhamdulilah, dapat apa yang dihajati.


Dah alang alang kat jasko rawang, kitorang balik la tasik puteri. Ingatkan nak balik malam tu jugak la. Sekali penat. Aku tanya Wan dia nak balik or tidur sana, dia nak tidur. So aku pun tidur jela.. Jadinya pepagi subuh baru la kitorang balik selayang. Yela, Wan masuk kerja pukul 9 kan. Last-last, hari isnin tu, Wan EL. Cehhh! Baik sambung tidurrrr je........ ni kelam kabut balik selayang apa semua angkut ayra tengah tidur.. Huh!


Hari Isnin malam pergi checkup baby. Ramai pulak manusia Pergi pukul 8lebey.. Nak dekat pukul 10 baru setel. Ingatkan boleh setel kejap je.. Baby okay2 je.. dengar heartbeat baby apa semua.. Cuma size kecik seminggu. takpela.. Banyak masa lagi dia nak membesar. :)


Cuma tula duedate kalau ikut period 26/6.. Kalau ikut size baby jadi 2/7. Aku macam nak doa2 supaya baby keluar awal.. boleh? Dalam 38/39weeks ke.. Kahkahkah.. Sebab kalau bersalin awal sikit, nanti time raya tu maybe dah kuat sikit.. Dah nak dekat sebulan.. Dah boleh la kot rasa2 rendang (dalam mimpi) takpun beraya raya kutip duit raya (eh!) hihihi....  Berat aku sekarang dah 58kg pulak. Memang akan naik dan naik lah kan?


Buat masa sekarang kita checkup kat gmc, nak bersalin kat mana taktahu lagi.. tengok la kalau ada rezeki lebey kita bersalin la kat private macam kakak, kalau takde kita pergi gov kot la kena czer ke hape kan? czer kan mahal, baik beli ipone6 duit lebey2 tu. Muahahaha... Bajet ciput selera besar. Zzz. Eh bukan bukan, aku kalau boleh nak doktor perempuan la.. takde la malu.. huhu.. kalau gov kan kita kena redha je kalau dapat mana2 doktor.. ikut nasib.. nasib baik, baik la.. nasib tak baik.. merasa la.. iyela ramai patient kan, dapat lak yang banyak songeh.. penat kot, paham2..

ayra senyap je tengok doktor scan perut ibu.. behave. tapi lepas keluar bilik ni, masa lepas bayar.. kat kaunter tu ada gula-gula, dia nak.. bukan taknak belikan, tapi gula-gula kot? kalau makanan lain tu, takdehal la.. memang dia mengamuk kaw-kaw la.. nangis beria.. aku dah risau dia muntah.. dia ni kalau papa dia marah, memang dia nangis beriaaaaaaaaaaaaaaaaaa sampai boleh muntah. kalau aku marah takde nya dia heran, melainkan aku berlakon nangis, baru dia stop mengamuk. Tapi tula, nangis beria sebab kena marah dengan Papa, tapi pastu boleh gelak2 macam takde benda ngan Papa dia balik. Nampak sangat budak2. takde perasaan sentap berpanjangan macam kita orang besar ni..

Sikenit yang sedang membesar... :))

Dah setel lambat, takde la nak masuk mana2 mall, dah pukul 10, semua pun tutup lah kan... konon nak pergi Danau jela.. carik casing ipad ayra. Sekali Isnin Danau tutup eh? Maklumlah kitorang ni memang jarang gila pergi Danau tu, mana nak tahuuu. Tapi disebabkan dah terdesak nak jugakkk kita carik kat Uptown Sri Gombak jela.. nak ke downtown apa semua tu.. jauh lah pulak.. dah la kat sri gombak tu memang takde apa-apa pun, nasib baik ada jual.. tu pun last.. hentam jela beli.. untuk sementara.. kang kalau takbercasing, ayra mengamuk dicampaknya ipad tu.. dahla ipad air kan nipis sikit.. tak pepasal je.. niat nya nak carik casing yang untuk bebudak tu.. ada nampak kat toyrus, harga dalam seratus lebey.. yang kalau campak pun insyaAllah masih okay..tapi tulah takde masa nak pergi.


Semalam lak, budak kecik ni merengek2 nak main scooter kat taman. Untuk makluman, sejak aku mengalami kepenatan yang melampau ni, memang takde makna lah aku nak bawak ayra g sini petang-petang. Tapi ni macam kesian pulak. okayla.. jom la kakak. Dengan syarat takde dukung-dukung, scooter bawak sendiri. 


Kakak Ayra.. :D lagi sebulan lebey nak masuk 3tahunn


Hari ni dah rabu. Esok khamis.
Selangor cuti kan?
Tapi laki aku kerja kat kl. So takde apa la.
Duduk rumah pongek2 jela.






1 comment:

Unknown said...

dah nak jadi kakak..nampak tinggi pulak gambar last tu..

.