img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, December 16, 2014

Sabtu-Ahad

Weekend hari tu kitorang balik rawang. Sebab sabtu tu ada kenduri kawen kat sungai buaya. Aku yang nak pergi. Sebab teringin nak makan nasi kenduri. Hahahaha. Padahal yang kawen tu bukan aku kenal pun. Kakak kawan Wan. Tapi kakak dia tu baya aku la. Kawan Wan tu yang budak lagi, baru berapa tah umur.


Lepas pergi kenduri tu, konon nak jalan-jalan. Sekali penat pulak. Wan cakap nanti malam jela kita keluar. Sekali malam tu, aku tertidur. Pukul 9 kot baru bangun. Nak keluar kemana. Malam-malam camtu. BBW? Hahahah. Aku bukan rajin sangat nak membaca buku. Baca secara online tu rajin. Nak menghadap buku, err takpela tetiba mengantuk. 


Tapi petang tu sebelum balik rumah, Wan nak potong rambut. So kita potong rambut jela. And nampak ada jual pisang goreng cheese. Aku teringin nak makan yang kat Shah Alam tu. Tapi takde masa pulak nak kesana. Belasah jela beli.. ada 8ketul=rm5. Tak sedap pun. Muahahahah. Takpela, etlis benda teringin tu dapat la.. kalau tak karang asyik teringat-ingat lalu boleh membawa kepada emosi yang tidak stabil.. tak pasal-pasal tak dapat karipap uncle jack yang tak sedap tu pun boleh menangis macam berat sangat dugaan. Hahaha siapa la tu. See? Aku teringin benda simple2 je.. belum tahap yang mencabar.. tapi tula.. pernah aku teringin nak makan murtabak. Pusing satu pasar malam, takde jual. MURTABAK kot?? takde jual kat pasar malam. Dah kenapa!!!  Hahahaha.. Pernah jugak aku nak grass jelly roasted milk tea kat chatime tu.. padahal masa tu baru pukul 9pm, sekali dah habis. Google2, sampai ke kepong carik chatime.. sebab chatime kat situ bukak sampai pukul 12am. Kira benda2 yang aku nak simple2, tapi selalu nasib tak menyebelahi. Tu yang buat air mata meleleh je. KAHKAHKAH! Emosi sangat perempuan ni..




Selpie satu kali... ayra ikut papa dia potong rambut.

Ahadnya pulak, pukul 10lebey baru kitorang anak beranak bangun. Kitorang memang jenis macam tu. Macam mana rezeki nak masuk? huihui. Sebab tu tak pernah laaaa pepagi kitorang pergi breakfast kat mana2 ke hape.. Bangun pun dah tengah hari. Hahahaha.. Nanti la dah tua sikit kita berubah. :p


Petang tu tanya Ayra nak pergi mana. Nak pergi jasko ke taman. Budak tu nak pergi taman. So kita pergi playground ajela..



Ibu yang jauh dimata.. duduk kat kerusi je.. hahah. Tak larat nak ikut2.. Kalau tawaf shoping mall tu maybe laratttt. Hahaha..


Lepas maghrib tu, pergi taman jati jap. Amek buah kat kawan Wan. Ada buah avocado, strawbery, & ceri. Aku bukan makan pun buah2 tu. Hahaha. Pukul 1lebey kot, baru kitorang balik selayang. Sampai rumah kemas2 sikit. Pukul 3lebey baru tidur.


Gitu jela cerita sabtu-ahad kitorang.
Hari ni dah 16Dec kan? Cepat je dah nak habis 2014. Aku pun dah nak masuk 14w. Kira dah nak habis la 1st trimester. 1st trimester takde alahan teruk2. Orang cakap kalau takde alahan, baby girl. Ehhhhhhh????????? HAHAHAHA.. takpe, nanti 4bulan kita skodeng baby lagi.

2 comments:

Diana Rashid said...

hahah..sama la..pantang suami cuti..kan??mula nak bangun lewat..macam saya dah biasa bangun awal pagi..kena bangun jugak..tapi lepas tu jam 9 sambung balik tidur sekejap/..ekekek

Syima Syaz said...

sandal sama dengan Aisya.. sep sep

.