img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, January 6, 2015

Hi.

Dah 2015! Hehehe. Tahun ni, umur nak masuk 25tahun. Dulu-dulu aku macam tak sabar nak umur 25, rasa macam 25 tu tua dah.. ni bila nak masuk 25, rasa macam tua apa nya? baru 25kot. kihkih.. Bulan 3 nanti, insyaAllah 25 lah... ayra pulak, hujung bulan ni, masuk 3tahun! Cepat je kan? Masa adik lahir nanti, umur dalam 3tahun lebey.. okayla tu, jarak yang nice2 je kan? :) takdela terlampau jarakkk & tak la pulak rapat.. insyaAllah kitorang cuba lah yang terbaik untuk baby ni.. walaupun macam tak bersedia, tapi sedia tak sedia, baby tetap akan keluar. KAHKAHKAH.. tak kelakar. Zzz. 4bulan baru..... jauh lagi perjalanan.



Hmm. Banyak benda tak berfaedah nak cerita. Tapi tula bila dah banyak sangat, jadi blur pulak kita. Adess.. So kita cerita apa kita buat on weekeend ajela. Dahtu yang paling terdekat untuk diingat.


Hari sabtu, jauh gak perjalanan kitorang. Dari klang--kajang--bangsar. Last sekali pergi sogo. Konon nak carik henbeng, sales kan. Tapi tula, tak banyak pilihan. Jenama mengarut je. Huahuahua. Takdela, aku nak carik henbeng yang besar.. yang ada semua comel2.. mana muat masuk thermos?? Ye, aku nak beg yang boleh muat thermos, botol susu, lampin, baju bla bla.. kahkahkah.. Pastu nak yang okay sikit la tahan lasak. Wan buat cadangan aku beli beg sukan tu senang. KAHKAHKAH.. okay jugak, besar.. beg yang macam sporty2 tu kan.. lagipun aku bukan la ladies sangat nak berhenbeng. Bawak beg pun sebab nak isi barang anak.



Kesudahnya, kat sogo beli baju ayra jela.. and baju baby. Okayla, nak kata murah gila gila tu takdela. Sebab aku tengok baju jenama pureen pun rm18 sepasang. Baik aku amek anakku. Kain lagi tebal. Dahtu, pureen tu boleh dapat kat warehouse pureen dengan harga yang jauh lagi murah kan? Tapi aku ni kalau pergi pureen warehouse sale bukan beli baju pun sebelum2 ni.. hahaha.. takpela, untuk adik nanti, kalau ada pureeen buat warehouse kita terjah la carik baju, ekonomi sikit. hahahaha..


Dress sodakids size ayra  boleh dapat rm berapa je sepasang dari ratus2.. kira okay la. Boleh simpan untuk raya nanti.. kalau sempat simpan la.. hahahaha.. kalau tak sempat, raya beli lain la. Tapi seminggu puasa ibu dah bersalin??? Macam manaaaaa......... aduiii.


Sebenarnya niat utama nak pergi pasar malam je. Tetiba teringin nak makan yongtaufu.. wan dah cakap, situ takde.. steambot banyak la.. tapi aku macam ala, alang2 tu kan nak pergi sogo.. harung jela..  sekali, sekerat jalan jela kitorang round, memang tak jumpa. Aku dah tak larat.. masa tu dah pukul 9suku. Wan cakap, kita carik kat pasar malam lain la. Masalahnya, nak carik lain tu amek masa? kang sampai2 semua dah habis.. Zzz.  Reda jela... Kitorang shoot g pasar malam selayang indah. Alhamdulilah ada, walaupun dah nak habis. Tapi kira dapat jugak la.. hehehehehe... suka leteww..


sabtu.



Hari ahad lak, petang baru kitorang keluar rumah. Pukul 4 camtu kot. Sebelum tu ada pakcik aku datang rumah. Kitorang pergi Pandan--Ampang-Kelana Jaya. Dah last kat kelana jaya tu ingat nak balik rumah terus la. Takpun pergi Danau, kitorang ni dari bulan lepas nak pergi Danau carik casing ipad air ayra tu, tak terpergi2 lagi. Tapi last2 kitorang pergi Wangsa Walk tengok midnite movie. Hihihi. Ayra pun memula dah tidur. Tapi masa kat kedai makan sebelum tengok wayang tu dia terbangun lak. Tapi tak risau pun, sebab ayra dah besar dah.. dah boleh bawak bincang. Habis movie pukul 2lebey. Ayra dalam 40minit pertama tu dia layan gak la tengok movie, pastu zzz. Habis movie, terbangun pulak. Kesian gak la kat sikakak tu, tidur-bangun-tidur.. kihkih.. ala, bukan selaluuuu. Pasni ada adik, kena la sabar2 nak tengok movie, sebab adik still tak boleh dibawak bincang kan?



ahad- tak plan tengok movie, so ayra masuk wayang pakai skirt jela.. nasib dia tak merengek sejukkk..



Dua hari berturut2 kesana sini. Penat tapi kalau duduk rumah aje lagi la tepu otak. Hihihi..


Ingat semalam nak restla. Sekali Wan tak larat nak g kerja. Hahahah. Ngek. Alang-alang dia dah cuti, jom la kita ke tabung haji masukkan duit ayra. Duit tu mamaWan yang bagi.. kalau terpakai naya je.. huihui.. terpakai beli henbeg coach tu cukup kot.. kahkahkah.. takdela, takde.. dah selamat masukkan.


Setel tabung haji dalam pukul 5, memang ngam la nak pergi playground. Tapi ayra taknak. Dia nak pergi shemol (selayang mall).. tah pape tah budak ni. Selayang mall bukan ada pape pun.. Lepak2. Wan beli beg kat al-ikhsan. Pastu aku pun dapat stokin untuk dalam pantang. HAHAHAHA.. pape tah stoking dibeli? Tapi tula, murah rm9, stokin puma. Dulu masa ayra aku guna stokin padini yang pendek2 tu.. tebal tu okay tapi takdela tebal sangat, cuma pendek jela.. kali ni kita pakai stokin yang panjang sikit.. baru la feeeling dalam pantang jalan kepit rambut sanggul tinggi.



isnin - budak nii kemaruk nak pakai treksuit macam budak besar. masalahnya nak carik size dia adalah susah kot? ni dapat sehelai, kalau dah pakai memang susah nak bukakkk! takde pulak gambar full dia pakai treksuit.. tapi bila dia pakai serius nampak macam budak tadika dah.. hihihi..


Okayla. Maghrib. Maghrib hadap belog, setan sangat perangai. Zzz.


2 comments:

diary_ciknaa said...

25 muda lagi tu.. ciknaa dah tua 3 tahun dari awak..huhu tua nya!

Aty Fared said...

oohoooiii... baru 25...!!! muda sangat tu tau.. jauh beza kite ni 7-8 tahun.. hahaha.. nak muda balik....ngeeee...

.