img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, January 13, 2015

3pagi.

Pukul 1 dah.. Pinjam ipad air ayra jap update belog. Mata tak berapa ngantok. Eh. Dah nak tido sebenarnya, baru keluar dari bilik air, tengok2 tempat dah kena amek dengan papa. Dahtu aku nak baring celah mana ni? Duduk la kat hujung tilam update belog jap.. Sambil layan sakit pinggang. Huahua orang tua sangat badan aku sekarang ni. Nakk kata beza sangat mengandung dulu ngan sekarang, ntahla.. Cuma part muntah jela kot beza? Dulu sampai 7bulan teruwek2.. Sekarang ni, setakat hari ni.. Boleh kira dengan jari berapa kali je muntah.. Takat rasa mual je.. Tapi tk kuar apa2.. Pastu baru 18w aku dah rasa perut berat, badan berat.. Hahaha.. Ke sebab aku dah gemuk masa mengandung? Hihi..

Ni update nak cerita apa eh.. Haaaaa, cite pasal kejadian 3pagi hari isnin. Bunyik cam serammmm..

Hari ahad haritu kitorang sampai rumah pukul 1pagi. Ayra memang tidur la time tu. So biarkan jela.. Sekali dalam pukul 3 dia tertongeng2.. Aku dah kenapa pulak budak kecik ni.. Sejuk ke apa.. Yang wan lak cakap kembung kot, masuk angin. Tapi sebelum dia tidur tu, dia ada cakap dia nak berak. Aku lak malas time tu, suruh tahan nanti kat rumah berak. Wakakaka! Tapi aku pakaikan je pampers kot la dia terr kan. Sekali memang betul, 3 pagi tu dia nak berak.. Haaha.. Sejarah kot. Selama aku potty train dia, tkpernah la kejut dia malam2 suruh kencing..sebab dah tidurkan, tak kuasa nk suruh bangun2.. Kang buat nya dia tk boleh tidur pastu, naya.


Ni dia boleh bangun nak berak? Besar sangat dah ayraaa kan.. Hihihi.. Tapi yang kelakarnya masa dalam bilik air, dia meneran sambil mata pejam.. Tapi dia boleh dengar arahan.. Cuma tak larat bukak mata jela kot.. Hahaha.. Kelakar2.. Pas dah berak, dia nak susu. So buatkan susu sikit, lelap...


Ayra memang tknak berak dalam pampers.. Kenapa tah.. Sejak umur setahun camtu.. Pastu bila dia setahun10 camtu, aku ajar la tak pakai pampers.. Alhamdulilah, setahun11 ayra dah free-diapers. Cumanya, sampai sekarang kalau jalan2 aku still pakaikan dia pampers. Ala, dia kalau pakai pampers,tetap bgtau jugak dia nak kencing.. Aku malas kot kalau jalan2 nak berlari2 carik toilet apa semua.. Walaupun sebenarnya, kalau kita suruh tahan, insyaallah dia boleh.. Sebab pernah jugak la keluar tak pakai pampers, or dalam kereta round2.. Tetiba dia nak kencing.. Mengagau gakla carik toilet.. Sambil mulut cakap ayra tahan tau sampai jumpa toilet.. Kiranya dah nk setahun la duit beli pampers dah jimat.. Hehe.. Nk pakai sampai bila? Hmm.. Sampai sixe xl ni tak muat..  Pastu dahla.. Dah besar dah... enough. Ibu kena layan dia macam budak besar pulak.. Tkde dah istilah malas2 carik toilet.. Heee.


Kalau ada orang dalam bilik air, pastu dia lak nak kencing or berak... Nanti kuarla ayat camni.. "Cepatla, iya nak tahan ni kencing, iya kencing depan pintu ni nanti baru tahu" hahaha.. Ugut tu... dahla cakap tu sambil menari2 tahan pundi kencing.. Ayat lak salah.. "Nak tahan ni".. Patutnya taktahan.. Hahaha.


Err. Panjang pulak aku taip. Dahla.. Nanti siang kalau rajin adala entry lagi. Klw malas takde. Tp sedeyh je tengok nufnang klw tk update belog.. Huahua tak ikhlas.. Duit semata.. Tp itulah manusia.. :p okayla.. Masa untuk menyelit caring ruang untuk baring. Zzz.

2 comments:

Aty_Fared said...

cakap pasal 2nd pregnant ni.. lebih kurang sama jer ngan usia kandungan kite.. betul ar.. 18 minggu tapi rasa macam dah berat semua.. kaki pon mudah letih.. huhu... lain sikit lah... :)

Anonymous said...

Красивый, качественный, интересный вебресурс в умелых руках – это самое мощное средство рекламы. Особенно это актуально сейчас, когда именно вебресурсы становятся приоритетными площадками для приобретения, продажи различных товаров и сервисов, а ещё создания клиентской базы и развития эффективных направлений работы фирмы. В любое время дня и ночи, где бы вы не находились, очень просто что-либо купить, если у вас имеется компьютер с доступом в интернет.
Такой сайт можно заказать на http://сайтытут.рф.

ЦЕНЫ СНИЖЕНЫ МАКСИМАЛЬНО!!!!

.