img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, January 29, 2015

Happy birthday Ayra Batrisyia.


Hari ahad tu kitorg pergi warehouse sale lee, pukul 5lebey baru setel sawan dalam tu.. Sampai bendahara hujan. Dahla kek tak beli. Memula nak beli kek kat kings.. So kita gi giant jela. Tp kek kat king rm70+ kecik jela pulak.. Tambah sikit duit baik beli secret recipe. Dalam giant mmg ada secret recipe kan, tapi malang nasib, orang dahla ramai, hujan pulak tu.. Tanya kek tu tkde, kek ni takde. Semua takde! Hangin je wan.


Teringat kt bbs pun ada secret recipe. Situ mcm atkde orang sangat. So try la nasib ke sana. Nak beli blackforest, tapi habis.. Jadinya indulgence jela. Sama macam tahun lepas. Hahaha.. Takde tempah2.. Sebab last minute kan?




Sampai rumah mak aku maghrib. Mandi2kan ayra. Mak aku dah masak separuh. Huahua. Semua pun mak :p aku just kemas2 setup meja sikit apa semua.. Pukul 8lebey setel semua. Alhamdulilah..


Ceritanya macam ni, pagi sabtu tu, abahWan datang rumah.. Dorang g breakfast kat kg baru.. Ada ajak, tapi aku macam aduii malasnya.. Malas nak mandi.. So abahWan dtg bawak la lontong 2bungkus.. Pastu tetiba dia bagi duit untuk buat birthday Ayra. Aku dah macam.. Err kenapa ni.. Susah2 je kot.. Pastu tanya mak aku, boleh tak buat? (Mak aku as tukang masak.. Kalau aku yang masak bnyk2 mahu kang jadi apa je makanan).. Mak aku okay je.. 


Kelam kabut sikit la.. Sebab ahad siang mak aku nak g tengok adik aku kan. Kita buat mlm jela. Lgipun mmg kena buat kat rumah mak aku, ramai la kawan2 Ayra. Kalau buat kat rumah makwan, takde sape2.. Family jela kot. 


Goodies gula2 coklat belon topi pastu benda2 yg letup2 tu semua pun bukan aku buat. Aku taktahula rupa bentuk nya mcm mana sampai la nk dekat majlis. Family Wan yg setelkan. Aku tengok dorang beli kat ballon buzz ke apa tah.. Tq sangat2 la.. Walaupun Ayra mcm kerek sikit dengan family belah Wan. Haha.. Dia kerek bukan apa, dia malu2 kucing.. Tak mcm anak adik ipar aku, yang tu terlebey peramah.. Tapi kerek dalam sejam dua.. Pastu dah okay dah.. Padahal boleh dikatakan tiap2 minggu jumpa.. Cuma iyela, mak aku kan yg jaga dia kalau aku g kelas, ofcoz dia lagi biasa dgn family aku..


ayra yang over malam tu..

Dorang sediakan 50pc goodies bag, tahun lepas buat 40.. Kesian ada yg tak dapat.. Tahun ni, habis 30 je..  Iyela last minit tak sempat nk hebah2 kan.. Takpela biar lebey.. Patut balance tu bagi je org tua.. Tapi tula lupa pulak.. Esoknya isnin kitorang balik kg, nenek sedara aku meninggal.. Aku bawak jela yangg lebih tu bagi cousin2 aku.. 


Alhamdulilah, Ayra dah 3tahun. Bercakap macam mak nenek. Ada je benda dia nak lawan balik. Kadang tu rasa macam aduiii ayra kenapa ayra mcm ni.. Ibu dah takde kesabaran dah ni.. Hahaha.. Tapi biasalah, budak nak membesar. Kang dapat anak pasif, kita risau.. Ni dapat yg aktif, bersyukur la.. Asalkan jangan sampai hyper sangta2 dahla.. Yang tu masalah lain pulak.. Semoga Ayra jadi anak solehah, kakak yang boleh jadi contoh untuk adik.. Yang baik2 jela..






2 comments:

DYatie ABakar said...

Selamat Hari Lahir Ayra.. semoga menjadi anak yang solehah!

jaja_NorLiza said...

Happy birthday ayra....x sabar nak tgk reaksi ayra bila ada adik nanti.... :)

.