img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, February 25, 2015

Balik Kampung.

Cuti CNY baru-baru ni kitorang balik kampung. Memang plan nak balik kampung. Sebab nak konvoi reramai bercuti kat Pulau Pangkor. Sekali nya, air mata berjujuran jatuh kepipinya.. hahaha. Takdela, pakcik2 family aku pergi la.. kitorang ni, family kecik yang tak pergi. Plan asal nak pergi khamis-jumaat. Pastu tukar sabtu-ahad. Last minute pastu, tukar hari lagi. Aku pun dah konpius.....


Paling sadis.. time raya cina tu, laki aku lak ada high case kena settle. HAHAHAHAHA! So bye-bye jela pangkor. Takpela, takde rezeki, kita fikir positif jela.. selamat duittttt. Kalau pergi, konfirm la beratus gak habis kan.. ni jimaatt. Nanti ada rezeki, kita pergi la ye Encik Papa?


Jadinya, kitorang balik kampung hari jumaat petang. Jalan pun okayla, tak jem, cuma banyak kereta. Sampai kampung agak awal, dalam maghrib camtu. Tapi pakcik2 nenek aku family makayah aku semua, still odw dari pangkor nak balik rumah nenek aku. So, kita melepak jela kat pekan sungai besar dulu. Dah maju gak kot pekan sungai besar, dulu hape pun takde harap kfc jeeeeeeeeee.. tu lah yang paling gempak, sekarang ni macam-macam dah ada, takde la hebat, tapi kira okayla dah.. takdela sadis sangat..


beli dinner plate dua set, jenuh nak menghabiskan.. hahaha... lama tak makan kfc, dulu rasa macam kfc sedapppppp.. sekarang ni biasa-biasa je walau lama tak makan..

taknak bergambar


Esoknya, dah sabtu. Takde aktiviti pape pun. Tiba-tiba mak aku ajak pergi makan mee udang banjir. Aku bukan la penggemar mee udang. Tapi kita follow jela. So, siap-siap.. pakcik aku pun ada yang dah balik jumaat tu.. tinggal lagi tiga family jela.. campur family kecik aku, 4family.. tak ramai pun.. huhu.. selalunya, kalau berkumpul 7family, dah macam hape je rumah.. hahaha.. tapi itulah yang fun kan? kitorang pergi bagan nakhoda omar kat sabak bernam. Takdela jauh mana, dalam setengah jam camtu kot dari rumah nenek aku.


Wan cakap sedap. Tapi aku rasa biasa-biasa je, aku tak reti la bab mee kari mee bandung bla bla.. hahah.. aku makan nasi goreng udang, ha yang tu best.. tapi ada cousin aku order nasi ayam, dapat sup rasa air+daun sup.. tawarrrr.. huahua.. maybe dia cuma fokus kat mee udang banjir, jadi menu2 lain tak penting.

tengah hari terik bergambar.. hahaha.. ada laut tapi tak boleh mandi.. jadila, kan tak dapat pergi pangkor..


Petang lak, ada yang nak balik rumah dah. Tinggal paksu aku yang dok cheras.. Nenek aku lak nak pergi rumah kakak dia.. family makayah aku balik rumah nenek belah ayah aku lak.. tapi Wan malas nak follow. Hahaha.. keji kan? Bukan memilih, tapi tah la.. aku pun tak berapa suka sebenarnya. HAHAHAHAHA.. bukan nak kata berat sebelah la, cuma aku memang selesa dengan family belah mak aku, yelah aku kan membesar dengan dorang, pakcik2 aku tu macam abang-abang aku je.. dorang yang jaga aku time kecik2..


Masa kat rumah nenek sedara aku tu, biasalah nenek2 kan? mulut dia laser je berborak dengan nenek aku.. tanya nenek aku, yang aku ni takde isi lagi ke.. cucu dia yang kahwin baya-baya aku, nak masuk 3 dah anak. EH?? Hahaha.. Seeeeeeeeeeeee, aku dah nak masuk 6bulan kot, tak nampak ke perut aku ni? Hahaha.. Aku diam jela. Memang malas nak heboh-heboh, biar supriseeeee tahu2 bersalin. Raya nanti kita tunjuk.


Pastu kitorang pergi sungai haji dorani lak. Lepak kat jeti. Bajet nak tengok sunset la.. Tapi tak payah la.. kang tersampuk jin laut lak maghrib dok kat laut. Huahua..


takut je aku ayra lari2 jatuh kat air.. tapi aku tengok bebudak kecik slumber je bawak motor atas ni.. yelah dorang dah biasa.. aku ni dahla tak pandai berenang.. apa pun tak boleh..


Kalau tunggu lagi, mesti lagi cantik kan.. :)


Ahad lak, bangun-bangun berakfast. Paksu & makayah aku balik pagi.. kitorang balik tengah hari sikit. Singgah rumah nenek belah ayah. Pastu terus balik.. tak balik selayang, macam biasala, mestila kena singgah rawang jugak. Kang laki aku terindu family dia lak.. kikiki


Sempat gak la drive-thru cendol bakar, sebab Ayra nak. Lagipun panas2 kan.. sedap la. Aku takdela suka sangat pun, cuma iyela tengah panas kan? Sekarang ni musim panas............ sampai rawang, aircond kat hall still rosak. Kalau nak aircond dok dalam bilik. Hahaha. Bertabah jela.. Ingatkan rumah rawang je panas, sekali sampai selayang malam tu, perghhhhhhhhhh panas jugak!! Rasa kering je kulit.. huhuhuh.. Gerak balik selayang lepas habis anugerah meletop, sampai dalam pukul 12lebey. Aku macam biasalah, siap unpack, siap basuh baju...... hahaha!! Tapi sebab tak larat sangat, pukul 4terbangun, aku just kuarkan baju dari washing machine.. nak sidai kat luar takutt. Aku bukan ocd, cuma aku suka benda kemas....... tu yang penat2 pun gigih gak.. Nasib la isnin takde kelas..


Lama tak menaip, sekali menaip.. amek kau.. panjang tak? Hahahaha.. Aku sebenarnya dah lama tak bukak laptop, ni bukak nak buat kerja sikit, alang-alang tu kita update la belog kejap.. :) Dah pukul 10lebey, Ayra belum tidur lagi ni. Nak g kerjakan budak kecik tu jap. Papa dia takde ni, melepak ngan madu aku jap. HAHAHAH.. madu tapi lelaki. Zzzz. Bak kata Ayra, uncle padil tetek. HAHAHAHA!!! Ayra la, ada gmbar kawan wan tu tak pakai baju, sekali ayra boleh cakap 'uncle padil ada tetek'.. teruk lekatttttttttttttttttttt camtu. KAHKAHKAH.. bukan18sx.










1 comment:

Anonymous said...

Hey! I know this is somewhat օff topic Ƅut I waas wondering which blog platform аre you usіng
fߋr this site? I'm getting tired ߋf Wordpress bеcause І'ѵe hɑd issues աith hackers ɑnd I'm lоoking at options for ɑnother platform.
I would ƅe gгeat if yօu could pοіnt me in the direction оf a good platform.


Vist myy weblog trehyth retert

.