img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, March 2, 2015

Berbotol.

Sampai bila minum susu.
Aku selalu je dengar soklan camtu.. 'dah besar pun menyusu lagi?'
Eh bukan sampai tua ke minum susu? Hihi.
Maybe maksud dorang tu, hisap susu dalam botol. Maybe? Ke aku salah?
Hahaha.


Aku pun taktahu bila nak stopkan Ayra dari berbotol.
Nak ajar dia minum guna cawan..
Aku kan pemalas. Taktahu ke?
Kehkehkeh.
Maybe bila dah sekolah nanti.
Kita guna cawan lah pulak.


Ayra pernah minum dua tiga jenis susu formula gak la. Paling teruk, masa minum susu dugro yang fruitt & vege. Sembelit. Minum Enfa pun sembelit. Memula okay pastu sembelit. Last-last, kitorang teruskan guna s26gold jela. Dah step3 dah pun.


Dulu-dulu, kuat gak la menyusu. Sepack 600g ke 650g tu tak sampai seminggu pun. Gigih betul minum susu. Boleh bikin bankrupt ini macam. Tapi dah dia nak, layankan jela.


Makin besar, makin kurang dah menyusu. Macam sekarang, minum susu cuma sebelum tidur. Sehari yang pasti memang 2x (tidur petang, tidur malam), pastu ada la kadang selingan-selingan bila ngada-ngada dia datang, nak susu. So kita bagi jela.. Makan apa semua. Dia makan je. Kalau lambat bagi nasi, memang keluar la dialog 'iya lapar ni'.. 'iya sakit perut ni'.. bla bla. Kadang tu sampai aku rasa macam #$%^&**$*( kan baru lepas makan tadi. Ni nak makan lagi? Hahahaha. So takpela kan dia nak susu gak? Kira nya menyusu menyusu punya cerita, makan-makan cerita lain. Sebab baru tak baru la, kan macam hot sikit pasal ada orang share yang bahaya minum susu formula.. aku dah cuak-cuak dah time tu. Tapi bila baca, okay faham.. tu budak yang memang minum susu sahaja, langsung taknak makan. Ayra tak macam tu.


Macam sekarang ni, kalau beli susu yang 1.8kg tu, okayla ngam boleh sampai sebulan. 1.8kg kalau kat kedai ubat cina baru rm106.90. Tapi kalau kat pasaraya biasa, dalam rm119 camtu.. mahal. Cuma baru-baru ni kat giant ada buat promosi 1.8kgx2 free 900g,  rm212+. Murah. Tapi tak sempat nak grab.. Kita dapat 1.8kgx2 tapi dapat free gift bag tu je.. Jadilah.. Aku memang suka benda per-per ni..


Kenapa bagi susu formula? Tak bagi freshmilk? Susu kambing ke bla bla.
Ntahla. Maybe sebab aku malas nak ubah rutin.
Freshmilk kan macam leceh sikit, nak kena maintain.. Mana boleh beli sekali harung tahan lama apa semua. Susu kambing lak, macam susah nak dapat. Nak yang terbaik untuk anak, tapi malas. Zzz. Susahla dapat mak macam ni. Aduii. Menikam kalbu ayat menguris hati. Hahaha. Takpela, aku dah usaha bagi susu yang aku rasa terbaik untuk Ayra. Senang untuk aku, sesuai untuk Ayra. Win-win situation. Lagipun dah tiga tahunnn kot? Takkan nak kecam gak kalau bagi susu formula..dulu dulu bolehla.. Huhu..rezeki masing2.. And usaha jugak kalau nak breastfeed ni kan? Takde usaha, ada pump harga sejuta pun tak jalan.. Papa, ibu nak breastpump baru untuk adik babyyyy.. Hadiah harijadii.. Hahahaha..


Lagipun aku pernah try bagi dia freshmilk jenama apa tah, papa dia beli kat cold storage 10kotak lagi.. Kotak besar tu.. Sekali, Ayra bukan nak pun, kitorang la jenuh menghabiskan. Susu tu mahal kot.. Berani taknak? Tak sedap katanya. Kikiki. Ala, susu marigold hl tu pun dia taknak, selalu kalau makan kokokrunch ke milo ke cereal la, dia nak letak susu, aku malas aku letak susu hl, terus dia taknak.. tak sedap.. mengada kan? Tapi kalau bagi susu kotak dutch lady tu, Ayra nak je.. Tapi bukan freshmilk la, yang kotak kecik2 tu.. Tu susu apa eh orang panggil? Aku pun taktahu. Huahua..


Berbalik kepada sampai bila berbotol.. Aku pun tak pasti. Sekarang ni time jalan-jalan memang Ayra jarangg lah nak minum berbotol. Malu katanya. Tapi as mak yang mengelabah, aku standby je bawak susu apa semua. Tak menyusahkan pun. Cuma memberatkan henbeg dah semua aku sumbat dalam satu beg kan.. Kikiki.


Lagipun Ayra flexible, kau bagi botol mahal ke botol murah ke... Dia layan je.. Takdela pening-pening nak maintain botol susu dia. Sekarang ni, dia guna tommetippe dengan botol kaca lifefactory. Ingat nanti bila botol tommeetippe tu dah agak uzur, kita tukar guna lifefactory terus jela.. Boleh tahan lama, kot boleh wariskan kat adik pulak.. Haha.. Boleh kan? Ke tak boleh?





besar dahhhhhhh..



gedik pun boleh tahan..

Maybe boleh mula guna botol yang macam cawan tu kot?
Hmm.
Dari botol yang macam cawan------- cawan betul2.
Tapi buatnya pastu dia takmo minum susu dah, macam mana?
Eh bukan patut suka ke, jimat ah duit. KAHKAHKAH..
Tapi aku kalau boleh memang nak dia minum susu la sampai besar.. cuma iyela takdela dah masuk darjah1 pun berbotol. Taknak rr camtu..
Hisap botol pun bermasalah. Pening camni. Zzz.


Tak boleh tidur sakit pinggang.. :(










1 comment:

DYatie ABakar said...

Ayra. Seperti biasa, bila tengok gambar Ayra mesti Yt rasa dia big big girl sangat. Hehe.

Arissa pun masih berbotol. Dan Yt tak berapa nak gigih jugak bagi fresh milk kat Arissa. Boleh?

Hahaha.

.