img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, March 31, 2015

Melecur (ii)

Aku ingatkan kaki aku yang melecur ni okay.
Rupanya?
Bila dah terkopek kulit, ya allah.. Dah rupa macam kena jahit lepas bersalin.
Sakitnya!
Sakit bila nak mula2 bangun.
Bila dah start jalan, dah okay dah.. Adala denyut2 sikit..  Yang tu aku boleh tahan..
Cumanya, bila dari duduk, nak bangun.. Memang boleh buat airmata keluar lah.. Hahaha..
Kadang tu baru diri tak sampai sesaat aku dah terduduk balik. Taktahannnn. Walaupun dah set kat kepala nurul kuat, kuat kuat.. Adesss.


Aku sapu minyak gamat.
Aku sapu mederma.
Lepas sapu mederma tu yang jadi sakit ni.
Sebab kulit luka tu dah kering.
Hm..
Sekarang tak fikir parut sangat, dapat berjalan pun syukur sangat..
Parut tu dah tak sakit nanti baru kita usahakan macam mana nak hilangkan.


Wan dah panggil aku oku dah. Jalan terkangkang kangkang.
Yang dia poyo poyo cakap, sikit je.. Belum patah patah. Pakcik tu kan pernah patah, pernah eksiden bla bla.
Alaaaah!
Awal awal dulu aku okay je kot, ni je memang betul betul sakit. Tapi still boleh buat itu ini, cuma lembab la.. Bila dah berdiri, kita selesaikan buat kerja.. Tak kuasa nak bangun duduk bangun duduk. Pernah gakla ter"babi" depan ayra.. Budak tu dah sound "ibu cakap apa tu??! Tak elok nanti allah bakar".. Heee. Ibu cakap baby la.. Baby dalam perut ni gerak gerak.. Kuikuikui.. Yela, sakittt demua pun terlepas..


Dapat mc tapi sendiri rugila kalau tak g kelas kan? Dilemanya...
Nantila bila ubat ubat yang aku guna ni okay, aku post gambar sebelum dan selepas.
Tapi memang ngerila..
Sedeyh benarnya, kaki takde parut kudis ke hape, tetibaa ada parut sebesar besar alam kat lutut & betis..


Dugaan.







No comments:

.