img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, March 10, 2015

Pureen Warehouse Sales, BabyFair IDCC.

Hari sabtu haritu kitorang pergi pureen warehouse sales.
Lepas zohor siap-siap.. Sampai sana dalam pukul 3lebey kot.
Orang adalahhhhh ramai! Tapi kitorang dapat parking yang okay la jugak, takdela jauh nak menapak..


Memula pergi bahagian sabun tisu basah apa semua tu.. Kat situ okay la.. Boleh bernafas.
 Ada jual napkin jugak, murah. Aku sebenarnya taknak beli napkin pureen, sebab aku rasa macam nipis, tapi sebab murah, belasah jela beli. Selalu napkin kan harga boleh tahan gak, nak dekat rm40 camtu.. ni baru 20lebey.. huhu. Ala, takat nak lap2, bedung2 sikit, boleh la.. janji ada yang baru. Nak guna Ayra punya, memang tak la.. kakak tu sampai sekarang umur 3tahun, time minum susu, time tidur.. mesti nak kain lampin.. hahaha! Dia tak mengentel, tapi nak pegang je, tak pegang pun kadang tu, janji ada kat sebelah dia, aku pun tak faham. Lantak jela.. Bukan tahap "napkin busuk", sebab napkin dia memang hari2 akan tukar.


Pastu pergi kat bahagian baju.. Aduiiiii macam mana nak memilih? Haha..


Kat pureen tu Ayra lak mood tak okay baru bangun tido.. Nak menepek je... Nak berdukung. Mampu nak dukung dia dengan orang ramai-ramai tu sambil pilih baju? Takpela, surrender. Duduk tepi jela.
Tengok baju baju yang orang tinggal je.. Habis citee.


Baju  adalahh murah. Semurah rm2.. Comel comel pulak tu.. Tapi takde seluar. Wan carik seluar, dia pun tak jumpa.. Aaa sedeyyhhh! Kalau yang set tu semurah rm5. Pun comell gak, tapi susahnya nak jumpa size newborn. Taknak la beli yang 6bulan keatas.. Besar sangat. Tak cantik bila pakai.. Kalau yang 3bulan tu okay lagi.. Pilih punya pilih dapat 8pasang je.. Haha.. Sikit je kan? Tu pun jenuh aku mencarik.. Kalau baby dah besar sikit banyak la.. Yela, aku pun tak pergi kat bahagian baju baju.. Just tengok tengok dari hasil peninggalan orang lain.. Takpela, baju je kot? Baju untuk baby dah banyak dah.. Tinggal nak carik baju untuk raya je.. Tu kita carik kat tempat lain la.. Yang elok sikit..

Macam ni? Hahaha! Aku geram tengok comelllnya baju pink2, tapi takde seluar. Maka kita mix & match, nampak aneh tak? Kira sepasang ni rm4, baju rm2, seluar rm2. MURAHHHHHH!!!


Mitten botties stokin tuala apa semua, memang aku tak sempat nak tengok. Ayra taknak berengang, dengan papa dia pun taknak. Dahla panas apa semua. Takpe, tuala apa semua tu kat jasko banyak je jual. Huahua (sedapkan hati sendiri walaupun mahal sikit rr)


Setel kat pureen kitorang pergi idcc pulak. Gigih kan? So far laki aku tak pernah la menolak kalau diajak tempat tempat camtu.. Kitorang bukan orang kaya nak shoping kat butik, so yang mana murah, situla kita serbu, so jangan banyak songeh kalau terpaksa ramai ramai sesak.. :p


Ingatkan ada mamypoko.. Tapi takde pulak. Ada drypers. Belasah jela beli. 2nb + 1s rm80.. Murah kan? Harap harap baby okay la pakai drypers.. Nantila hujung bulan ada babyfair lagikan? Kot ada mamypoko kat situ..


Pastu beli set botol newborn tommetippe.. Yang ada 2botol5oz+ 4botol9oz bla bla.. Harga asal rm200something, tapi kat situ dapat seratus lebey.. Murah. So marilah beli. Beli sekali la untuk ayra. Haha.. Konon nak stopkan anak berbotol, tapi tetap beli botol, macam mana tu? Kikiki..


InsyaAllah, kitorang akan dapat babygirl lagi. KAHKAHKAH!  Benda tak rancang kan? Kalau rancang, maybe boleh kita usaha2 cara nak dapat babyboy :p Muahaha. Tapi takpela, aku okay je, takdela nak kecewa bongok2 macam masa zaman Ayra dulu. Girl pun okay, Ayra adala kawan yang boleh kongsi main masak2, main mekap2 bla bla.. betul tak? :) Takla sadis sangat, macam aku adik beradik semua lelaki.. takde la feeling2 nak share2 baju/barang apa semua...


Tapi kot la scan pun tersilap ke hape, kita taktahu?
Nak tahu betul2, tunggu bersalin nantila.. tapi baju semua beli gegirl2 hoii. Hahaha. Tak macam zaman Ayra, walaupun scan girl, aku tetap beli baju unisex, kesian kakak tu.. tak girl langsung masa newborn :p kikiki..


Pas adik lahir, mesti akan ada soklan, bila nak ada babyboy pulak? KAN???????????
Hahahaha! Aku pang karang, takpun balas je balik.. tanya, err bila nak mati ni, sibuk je? :p hihi. Allah bagi kitorang anak perempuan berderet sebab Allah tahu kitorang mampu jaga, belum masa untuk dapat anak lelaki. Macam nenek aku, berderet 6orang lelaki, sorang je perempuan (mak aku).. haha. Err kena berguru dengan nenek aku ni. KIHKIH.. takdela acah je, semua pun kuasa Allah kan? sebaik-baik perancang... HAHAHAAHAH ayat macam ustzah2 sangat ni. zzz.










2 comments:

CikNaa said...

alahai bestnya dapat memborong..kena plak tengah ujung bulan, memang telan elior jela.. :P

jaja_NorLiza said...

Yg soklan org bila nk dpt boboy tu sgt btul...skang ni akak pantang ank ke2 gegirl...rasanya dah lbh 5 org ty soklan tu...kahkah...redho..

.