img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, July 1, 2015

40minggu 5hari.

Dah overdue 5hari.
Rasa-rasa aku stress tak?
IYE
Stress.
Hahahaha.
Tak mampu nak rileks rilekss dah.
Bukan apa.
Aku dah tak selesa nak bawak badan ni.
Berat sangat.
Nak bangun payah.
Asyik nak terkencing.
Perut asyik mengeras.
Tapi takde pape, tak ke macam kecewa je?
Dari 26hb---- sekarang dah 1julai kot.
Overdue boleh sampai 10hari je kot.
Lebey dari tu, arghh taknak fikir.
Takut.
Dugaan kan?
Mengandung kali ni takde morning sickness segala.
Smooth je..
Orang tak perasan.
Tapi ni dah hujung hujung, memang buat semua orang "concern" lebeyh.
Hari hari dapat soalan, bila nak bersalin? bila nak bersalin?
Allah.
Kalau la aku tahuu.
Boleh, czer? Dapat la jumpa baby.
Tapi untuk apa. Kalau peluang untuk normal tu ada.
Tapi kalau dah terpaksa, aku redha jela.
Cuma selagi boleh, kita sabar jela..
Takde masalah apa apa pun setakat ni.


Hari tu lepas sehari dari duedate, teringin nak makan aiskrim mcd yang chocotop tu, gigih la 12lebey pergi mcd, tapi aiskrim takde. HAHAHA selalu macam tu kan? Benda simple je. Tapi belasah jela mcflurry.
Jumpa kawan Wan, dia cakap ni dah dapat makan, esok keluar la.
Sekali baby tak keluar pun.
Fine.


Pastu hari apa tah, berbuka teringin nak makan big apple,
Kebetulan Wan kat wangsa walk.
kirm jela.
Alhamdulilah dapat. Iceberg & Alien.
Still, baby taknak keluar.


Semalam.
Teringin nak makan roti john.
So wasap ayah aku.
Ohye, semalam Wan balik rumah mil. Berbuka sana. Aku tak ikut.
Gigih ayah aku pergi bazar kat balai polis, sebab aku nak yang kat situ.
Sekali semalam pasar malam, orang jual roti john tu takde.
Tapi ayah aku belikan gak la.. gigih tau, dah balik rumah, pastu keluar balik semua.
Semata untuk aku.
Tapi tetap ajelaaaa tak bersalin salin lagi.


Ada satu tarikh lagi, 2Julai.
Kalau tak bersalin lagi esok, aku pun taktahu la..
Lambat bersalin, banyak dosa kot.










1 comment:

Anonymous said...

As'salam.
Lek nurul. Jangan stress.
jangan gi serah diri pulak.
Kalau orang tanya, jangan cakap dah terlebih due date.
Cakap je lagi seminggu.
EDD tu estimate je.

Kalau nak petua triggger labor, try makan/minum nenas.
Nenas masa awal2 pregnant memang tak bagus minum. Tapi kalau dah dekat nak bersalin, bagus utk trigger labor.

Squatting. Berjalan itik.
Window shopping.

Have sex. Hahaha, betul ni.
Semen bagus untuk melembutkan cervix.
Kalau orang kata nanti kepala baby ada air mani etc, tipu je semua tu.
Baby kan duduk dalam uri, dalam sack.
Kalau have sex masa ketuban pecah, maybe la.
Hohoho.

Anyway, semoga dipermudahkan.
InsyaAllah.
Enjoy your pregnancy.

Tak sabar nak tengok adik baby!
Take care adik.

p/s : tayah publish la komen akak.
Malas nak email, komen kat sini sudeh.
Hihi.

.