img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, March 15, 2016

London Has Fallen

Aku baru je tengok cite ni. Best. Kita bagi 4/5.
Cerita aksi. Tapi i is sad. Emosi dan tersentuh.
Hahaha! Psiko kan aku?
Sedih la, tengok bini dia kan mengandung, pastu mcm cemas cemas la dapat ke tidak tengok anak dia lahir apa semua. Aku ni terbayang Adyra, kecik kecik dah takde papa. Huwarghhhhh, nangis :( takpe adik, ibu & kakak ada, kita sayang each others k? Ramaiiii orang kat luar sana tu sayang anak anak ibu ni, so kita chill sahaja. Jodoh. Ajal maut. Rezeki. Kuasa Allah..


Taip taip kat atas tu, pastu mata masuk habuk. Lari g bilik air jap. Hahaha!
Hello mestila emosi? Hilang orang yang kita sayang dalam sekelip mata, baru lepas bersalin pulak? Kuat tak aku? Kuat kan. Hihi. Kuatla, tak kena meroyan, tapi aku rasa aku sekarang ni macam pemarah sikit. Serius. Kena muhasabah diri, anak anak perlu aku, kalau aku macam singa dengan dorang, kesianlaaaa.. Kuat nurul, kuat. Hidup mesti diteruskan. :)


Cite london has fallen ni bestla. G la tengok. Ada gak selit selit dialog kelakar.
Aku takla minat cite aksi, tapi still boleh layan. Aku kan  jiwa lembut.. Fragile. Eh bila aadc2 nak keluar eh? Kikiki. Tapi ada gakla part mcm tak logik, mcm mike tu hebat nak mampus je kan. Dia sorang sorang blh lawan ramai. Tapi biasalah, cerita. Hero mestila gempak. Tapi kan, biasalah cite barat, kalau pengganas je mesti.. Hm.. Paham paham jela. Macam dorang lah yg terbaik je. Kalau sesiapa sensitif pasal ni takyah la tengok kot. G tengok boboiboy sana tu. Hihi.


Aku belum tengok boboiboy lagi, nak bawak Ayra sabtu nanti kot. Tak pasti. Kita tengok dulu macam mana. Adik aku dah tengok, aku tanya best tak? Dia jawab ala lawan lawan je. Yela, lawan lawan, tapi best tak, kelakar tak? Entah.. Biasa jela. Fuh! Tak boleh pakai punya review. 


Cite ni 18tahun keatas.
Kenapa tah 18tahun.
Takdela ganas mana. Lucah pun tidak.
Tapi yela cite berat kot? Pasal politik kan. 
















.