img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, July 20, 2016

Adyra.

Dulu anak sorang rajin update ulang bulan. Hahahaah. Ni anak no 2.. mcm krik krik je. Hehe. Tapi setakat ni tak pernah lupa la bila umur adik bertambah bulan. Umur kakak je ye mmg dh tak igt bulan2.. dh 4tahun. Takyah nak over ye ibu. Hihi

Adyra sekarang dah 1y+. Lagi 2minggu nak masuk 1y1m. :) Dah boleh berjalan masa 11bulan. Takcepat sangat. Takdela lambat sangat. Just nice org cakap. 


Adyra ni mesra kamera. Kalau nampak kita nak amek gambar dia.. dia alert je pandang. Tapi yang buat gambar tak jadi sbb dia bergerak2. Haha.. and dia mmg sejenis budak yg murah dengan senyuman.. takyah   beria agah pun. Sengih je manjang. Ada lesung pipit halus kat pipi. 

Dia takla debab peha kfc ke apa. Tapi badan  dia padat. Dukung tu terasa gakla.. walaupun tak debab peha michelin.. ramai je jumpa sesape ckp dia besar. Haha. Sama mcm Ayra la.. ayra pun tak debab.. tapi org ckp dia besar. Maybe sbb anak2 aku tinggi kot? Yelah papa dorang kan besar tinggi. Mewarisi la kot. 


Lagi apa eh.
Bercakap tu.. belum lagi.
Cuma kalau sebut ibu jadi iba.
Iba pun iba laa..
Mak dah boleh.
Kakak jadi ntakk
Sikit sikit camtula..
Tapi paling jelas dia sebut "sa bar"
Hahahaa. Hari2 mak dia dok sabar sabar sabar. Tu yg anak pun pandai sebut perkataan sabar. Aku baru sebut sa.. dia dah sambung bar.. huahua.. 

Jadual tidur budak kecik ni biasa biasa la. 
Pagi bangun pukul 8lebih/9.
Pkul 10lebih-12 tidur
Pastu main2
Nanti pukul 2lebih ke 4/5 tidur
Pastu main2
Lepas isyak dalam 8lebih tidur sampai pagi.
Tapi kadang kasi chan la tidur lewat sikit pukul10 camtu.
Dia dah biasa mcm tu. So senang jela.. alhamdulilah anak2 aku senang je tidur malam.. bukan jenis berjaga sampai 1 2 pagi. Rutin tetap.

senang tidur dgn syarat kena baring sekali

Bab makan lak. Adyra ni suka makan. Tapi dia tak suka benda lembik2. Nanti dia luah balik. Hahaha.. dia tahu kat mana rice cooker.. dia boleh sebut "aci".. haha. Fevret sgt nasi.. gigi baru ada 6 batang. Sejak dah makan ni.. sehari berak 2  3x baru malam. Pampers pun sebulan nak 3bungkus baru cukup.. size L dahla sikit pcs nya :p Hahahahah.. dahnya makan makan makan. Mmg berak la pastu. Pernah jugak tengah tidur dia berak. Dah mcm mana tu? Nangis la masuk bilik air. Hahaha.. takkan nak biar je kan.. kang melecet pulak. 

Maruku pun dia nak.. haha. Mana boleh kang tercekik!

Tapi seriusly la.. Adyra tak banyak ragam. Dia happy je. Cukup makan cukup tidur.. pandai la dia main sendiri. Cuma kadang tu dtg angin kus2.. bertabah la kita kejap. Biasalah budak2. Mcm sekarang kan baru dpt kaki.. mmg tkla nak duduk diam je kan? Ada je kerja dia. 

sejenis alert kamera

Nampak tak klcc kat belakang tu. Haha.. walaupun kita orang kampung je.. tp dr rumah blh nampak klcc gak.. :p

Tangan semalam mcm dh okay. Pastu tadi siang bosan bosan g alih rak. Bila malam rasa sakit balik. Hahaahaha.. sendiri carik nahas. Takpe ubat tahan sakit ada. Tapi takla sakit teruk pun. Kalau banding masa baru kena tu.. ni sakit mcm kena gigit semut je. Cuma kiranya belum 100% recovery la org kata.



.