img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, May 17, 2014

Deting dengan sikecik.

Tadi badan memang penat gila. Tapi i kan ada perangai selagi tak siap kerja-kerja rumah, rasa macam tak tenteram, ceh! bajet rumah kemas sangat padahal tak pun :p hikhik. Ni lepas dah setel buat semua, rasa macam rileks sikit otak sambil-sambil layan running man, meh kita update belog :)


Semalam kan i cakap ayra suhu dia 39'c. Tapi alhamdulilah, dalam pukul 4pagi camtu, i rasa badan dia macam dah sejuk sikit, malas nak amek thermometer, cek pakai tangan je. KAHKAHKAH bajet tangan power sangat boleh tahu suhu berapa :p Kira still dedar la, cuma takdela panas yang merisaukan. 


Pastu paginya, i memang takde mood nak g kelas. Haha. Buruk perangai kan. :p
So, kita teruskan lah misi nak pergi jalan-jalan :) Ayra pun pagi tadi badan dia walaupun dedar, dia aktif je... so jomlah ayra, ibu boring sangat ni, sumbek rasanya.


Port pertama, kita jalan-jalan kat jalan tar & sogo. Kat sogo, yang kat gf tu ada sales padini & miki. Tapi i tak sempat la nak belek-belek ke hape, orang ramai. Pastu ayra lak berlari-lari. Arghhh! Dahla, jom kita pergi mid pulak. :p


Kat mid, terus tuju expo baby. Ingatkan jumaat tak ramai orang, sekali beratur nak register pun amek masa. Tapi i layan je.. i kan suka benda free :p Padahal takde benda pun tadi, dapat mug, tisu basah, susu kotak enfagrow, pastu krim apa tah.. and pamplet2 tu macam biasala.. 


I tengok ramai gila orang borong drypers. Kalau tak silap, beli 4 rm123. I tak berapa tengok sangat, maklumlah anak kan dah free diapers :p cehh poyo! hihi. Tapi kalau 4 rm123 tu takdela murah mana, melainkan kalau kau memang selalu beli drypers kat jasko/giant/tesco yang harga tak masuk akal sampai rm37, rm44. Gila ke apa? Berbeza sangat. Huhu. I selalu beli range harga bawak rm31-rm34.90.. tengok la kadang ada promosi murah la, kalau tak.. paling mahal pun baru rm34.90 :) Wyeth pun ada bukak booth, susu s26gold yang 1.8kg tu, dapat harga rm91.60. Murah kan? Tapi i tak beli pun, i kan pergi berdua dengan ayra je. Kalau papa dia ada, boleh la beli.


Banyak gak la booth yang best-best. Setel jalan-jalan kat expo tu, kita sambung jalan-jalan kat mid pulak. Tapi nak shoping sangattt takde duit pulak :p so tengok-tengok jela dulu, kang kita datang lagi baru beli. Boleh? Hehe. I nak beli kasut baruuuuuuuuuuuuuu. Ada orang tu dah janji, nanti nak belikan. So kita usha-usha dulu la. Huahua..


Setel beli barang sikit, kaki pun dah sakit, rehat kat jasko jap. Kasi ayra main-main. Pastu balik. Sampai rumah hujannnnnnnn. Nice! Nasib baik tak pening kepala kena hujan ni. Selalu kalau kena hujan rintik sikit-sikit, konfirm macam apa je kepala, manja sangat. Hee.


Ohye, kitorang pergi mid tu naik ktm :p dari sogo jalan kaki sikit pergi station bank negara. Eh tak tak, tak sikit, jalan banyak gak. Peluh-peluh ketiak.. Hahaha. Tapi sebab nak ayra happy-happy naik train.. so layankan ajela.. :) 


Jakun tengok keteapi :p hehe. Sibuk suruh naik, tapi yang tu nak g port klang.. kang kemana lak kita :p

 
Semangat kan budak ni? Sama dengan macam ibu yang tengah 'semangat' gak, sampai seluar cuma ada sehelai je yang muat. HAHAHA... syabas! baju raya poyo hantar awal-awal, nak zip pun tak lepas nanti. acane?

Okayla, nak fokus tengok running man ni. Sambil makan mee goreng. HAHAHA gemuk is sexyyy!

2 comments:

Damski Fashion said...

Hi Nurul, wah satu hari punya betul2 berjalan eh.. ; ) Tgk gambar si kecik tu kt train station teringat dulu bawak nephew & niece naik MRT, jakun gila diorg... ; )

Aty Fared said...

kalau baca pasal Ayra ni mesti tergelak2.. sebab maknya comel sangat biler bercerite.. :) dah sihat kot Ayra.. kalau anak tak sihat mesti mak nya takde mud nak buat apa2 kan...pahaaaammm... :)

.